Manusia dan Agama
Manakala agama distilahkan sebagai ad-deen bagi sebutan yang tepat sebagai cara hidup yang diredai oleh Allah. Pertunjuk mengenainya boleh ditemui dengan meneliti firman Allah dalam surah al-Baqarah: 285, surah Ali Imran;19, surah Ali Imran:85, surah al- Maidah: 3, surah al-Taubah: 33 dan lainnya.
Dalam konteks hubungan, manusia dan agama tidak dapat dipisahkan. Sejarah manusia telah mencatatkan bahawa manusia dari sejak mula diciptakan telah memberikan fokus utama dan terpenting kepada agama. Tetapi yang membedakan adalah, manusia berjaya dalam pencarian agama yang benar dan haq atau kecundang dalam usahanya disebabkan faktor-faktor yang melingkungi kehidupan.
Manusia dan unsur kejadiannya
Manusia berasal dari diri yang satu yaitu dari nabi Adam as. Manusia diciptakan terdiri dari pada dua unsur yaitu unsur jasad dan unsur roh. Jasad Adam as. diciptakan dari pada unsur tanah, manakala hakikat diri Adam terdiri daripada unsur roh, seperti mana yang diceritakan oleh Allah s.w.t. melalui firman yang bermaksud: Dia (Allah) lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia menjadikan kamu (berasal) daripada tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui pelbagai peringkat dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih daripada dosa). Dialah sahaja lebih mengetahui akan orang yang bertaqwa.
Pelbagai istilah diberikan dalam rangka kejadian Adam. Mengenai jasadnya al- Quran menyebutkan seperti: Air, al-Turab, pati tanah, Tin yang liat dan sebati, tanah yang panas berbau, tanah yang panas seperti tembikar, tanah bumi, dan berbentuk (rupa).
Manakala pada unsur roh Adam, Allah s.w.t. Mengungkapkan: (Surah al-Hijr:29)
Manusia pertama ini tiada beribu dan tiada berbapa. la diciptakan dengan Qudrah dan Iradah Allah yang menghendaki ia berlaku. Sehinggakan malaikat pun tidak mengetahui kenapa makhluk manusia ini diciptakan.
Unsur roh ini tidak ada sesiapa pun yang mengetahuinya, malah Rasululllah s.a.w. Sendiri diajar oleh Allah supaya memulangkan persoalan roh sebagai persoalan Tuhan. Allah mengajarkan pesuruhNya dengan berfirman: (Surah al-Isra7:85)
Manakala keturunan Adam as. seterusnya terdiri daripada unsur yang sama yaitu unsur jasad dan unsur roh. Berbagai istilah juga dijelaskan mengenainya dalam perinkat-peringkat tertentu seperti; nutfah, alaqah, mudghah, izam dan lahm, dan nafkhurruh. Penjelasan dari Allah amatjelas melalui firmanNya dalam surah-surah seperti; al-Insan:2, al-Mukminun:14 al-Alaq:2, al-Hjj:5, al-Hijr: 29 dan lain-lain.

Selain dari pada itu Allah juga memberi
manusia hati, akal dan nafs yang unik penciptaannya dan amat penting fungsinya
kepada manusia dalam melaksanakan kehidupan.
Berdasarkan fakta daripada al-Quran amat jelas bahawa Allah lah yang menciptakan manusia dan Allah amat mengetahui tentang ciptaannya. Hal ini dapat dirakamkan melalui jawaban Allah kepada malaikat apabila dipersoalkan tentang penciptaan Adam as. FirmanNya: (Surah al-Baqarah: 30)
Berdasarkan kepada logik, Allah yang mencipta manusia, maka hanya Dia saja yang mengetahui tentang hakikat kejadian diri manusia (Mohd Sulaiman Yasin). Firmannya lagi: (Surah al-Mulk: 14)
Pengertian agama dan fahaman masyarakat terhadapnya
Menurut Kamus Dewan, agama secara umum bermaksud kepercayaan kepada tuhan. Manakala agama dinisbahkan kepada Islam, ia membawa arti kepercayaan kepada Tuhan Allah dan sifat-sifat serta kekuasaanNya, disertakan dengan penerimaan ajaran dan perintahNya. Pemeluk Islam yang mempunyai kepercayaan kepada Allah disebut mukmin. Islam dikategorikan sebagai agama langit dan bukan agama ciptaan manusia.

Istilah bahasa Inggris yang sering diterjemahkan sebagai agama ialah religion, namun pemahaman Barat terhadapnya sebagai suatu sistem kepercayaan dan amalan dianggap sebagai sebahagian daripada budaya semata-mata. Ia berdasarkan kepada kenyataan bahawa agama Nasrani Kristian di Eropah telah berkurun-kurun lamanya, hanya menjadi sebahagian daripada kehidupan budaya dan sosial masyarakat Eropah.
Pengertian agama dari sudut bahasa (Amin Amat: 1989:56), antaranya:
a. Anti kerusakan
b. Bukan benda
c. Tata cara hubungan manusia dengan raja atau pemerintah
d. Peraturan hubungan manusia sesama manusia
e. Upacara hubungan manusia dengan dewa-dewa
f. Kepercayaan atau keyakinan terhadap ketuhanan
Menurut Kamus bahasa Arab, perkataan agama disebut sebagai deen, ia mempunyai berbagai makna dan pengertian. Kadang kala pengertiannya bertentangan antara satu sama lain. Manakala ad-Deen (dalam bentuk marifah) bermaksud cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah. Walaubagaimana pun perkataan deen (dalam bentuk nakirah), apabila dihubungkan dengan perkatan Allah, al-Haq maka ia bermaksud agama yang benar (A. Akhili:6).
Menurut al-Quran istilah agama mengandungai empat ciri utama (Mohd. Sulaiman Yasin:18) iaitu:
1. Kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak dan tertinggi
2. Kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan yang mutlak
3. Sistem atau peraturan yang berbentuk teori dan amali yang digubal oleh kekuasaan dan kehakiman tertinggi
4. Pembalasan akhirat yang diberikan oleh kekuasaan tertinggi kepada sesiapa yang taat dan patuh kepada sistem, atau balasan siksa kepada setiap yang ingkar atau durhaka.
Al-Quran sebagai sumber ajaran Islam yang otentik telah menisbahkan agama kepada dua bagian, iaitu:
1. Agama yang disifatkan sebagai sesat
Ia ditunjukkan melalui firman Allah s.w.t. Yang berbunyi: (Surah al-Kafirun: 6)
2. Agama yang diakui sebagai benar
Allah s.w.t. Berfirman: (Surah al-Tawbah:33)
Agama yang haq itulah agama Allah, lurus dan teguh serta diperakui oleh Allah dengan nama al-Islam. Allah s.w.t. berfirman: (Surah Alilmran: 19)
Agama yang dimaksudkan itu sudah pasti agama yang sempurna dan cukup sebagai nimat bagi seluruh alam dan diredhai oleh Allah s.w.t. FirmanNya: (Surah al-Maidah:3)
Dalam istilah bahasa Melayu perkataan agama boleh dimaksudkan kepada ad-Deen. Manakala ad-Deen yang distilahkan sebagai cara hidup yang sempuma dan menyeluruh itu adalah Islam. Maka apabila dikatakan Islam sebagai ad-deen, ia bermaksud Islam sebagai cara hidup bagi mereka yang tunduk dan patuh kepada Allah, dan pengertian inilah yang dikehendaki oleh Syara (A. Akhili: 6). Kebiasaannya apabila orang Melayu berkata; "Kamu tidak beragama", ini bermakna; orang yang dimaksudkan tidak menghayati Islam sebagai cara hidup. Islam menyeru supaya menghayati agama dengan sepenuhnya. Alllah s.w.t. Berfirman: (Surah al-Baqarah: 208)
Keperluan manusia kepada agama
Banyak faktor yang menyebabkan manusia amat perlu kepada agama. Antara yang banyak dibincangkan oleh para cendikiawan dan para ulamak antaranya adalah:
1. Fitrah manusia yang telah diciptakan oleh Allah memiliki naluri beragama.
2. Kejahilan manusia mengenai diri dan persoalan persekitaran hidupnya.
3. Kecenderungan manusia hidup menurut sesuatu peraturan
4. Kelemahan akal manusia untuk mentafsir alam disebalik alam nyata ini (Surah al-Araf: 172-173, Surah Luqman: 25, Surah al-Zumar: 38, Surah Zukhruf: 9, Surah al-Araf: 174 dan lain-lain)
Penyelewengan masyarakat daripada cara hidup Islam
Penyelewengan masyarakat daripada
cara hidup Islam telah menjadi topik nasional pada hari ini. Fenomena ini
berlaku berkemungkinan besar disebabkan beberapa faktor yang boleh
dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu faktur luaran dan faktor dalaman umat
Islam sendiri:
1. Serangan dari musuh Islam
- Mereka menggunakan pelbagai cara dan kaedah yang cukup berkesan untuk memesongkan umat Islam dari menghayati cara hidup Islam yang mumi
- Melalui media massa dengan hiburan yang melalaikan dan merosakkan pemikiran
- Melalui budaya dan cara hidup selesa dan penuh dengan keseronokan
- Menanamkan falsafah songsang; hidup hanya sekali. Oleh itu dunia adalah segala-galanya sebagai distinasi awal dan akhir hidup manusia.
- Menanam dan menyuburkan sikap individualistik dan materialistik di kalangan umat Islam yang menggoyahkan pertahanan danjati diri umat Islam
2. Kelalaian dan kelemahan umat Islam
- Umat Islam sebahagiannya masih jahil tentang Islam dan cara hidup Islam
- Kurang upaya merealisasikan saranan al-Quran
- Lalai dalam menjadikan Sunnah Rasulullah sebagai ikutan yang baik
- Kurang jati diri dalam mempertahankan nilai-nilai mumi
- Mudah lupa dan alpa terhadap tipu muslihat musuh Islam
- Suka meniru perkara/nilai yang datang dari luar Islam, walaupun sedar ia boleh merosakkan diri sendiri
Kesimpulan
Manusia dan agama tidak dapat dipisah. Telah dibuktikan kebenarannya disepanjang perjalanan sejarah manusia. Tanpa agama, manusia rugi, dan tidak mampu untuk melakar kegemilangan tamadun dan kesempumaan roh, jiwa, jasad dan peradaban hidupnya. Oleh itu kembali kepada penghayatan agama Islam yang murni merupakan jihad.