al din (cara hidup)
1.1 Manusia dan Agama
Pendahuluan
Menurut Islam manusia merupakan makliluk Allah yang mulia dan sempurna serta
indah kejadiannya. Allah meciptakan manusia pertama di-syurga dan seterusnya menempatkan
kehidupannya di muka bumi hingga ke hari kiamat. Fakta ini dapat kita ketahui
melalui ayat-ayat al-Quran seperti surah al-Tin:4, Surah al-Baqarah;30, dan
lain-lain.
Manakala agama dustilahkan sebagai ad-deen bagi sebutan yang tepat sebagai cara
hidup yang diredai oleh Allah. Pertunjuk mengenainya boleh ditemui dengan
meneliti firman Allah dalam surah al-Baqarah: 285, surah Ali Imran;19, surah
Ali Imran:85, surah al- Maidah: 3, surah al-Taubah: 33 dan lainnya.
Dalam konteks hubungan, manusia dan agama tidak dapat dipisahkan. Sejarah
manusia telah mencatatkan bahawa manusia dari sejak mula diciptakan telah
memberikan fokus utama dan terpenting kepada agama atau kepercayaan. Cuma yang
membezakan adalah, samaada manusia berjaya dalam pencarian agama yang benar dan
haq atau kecundang dalam usahanya disebabkan faktor-faktor yang melingkungi
kehidupan.
1.1.1. Manusia dan unsur kejadiannya
Manusia berasal dari diri yang satu iaitu dari nabi Adam as. Manusia diciptakan
terdiri daripada dua unsur iaitu unsur jasad dan unsur roh. Jasad Adam as.
diciptakan daripada unsur tanah, manakala hakikat diri Adam terdiri daripada
unsur roh, seperti mana yang diceritakan oleh Allah s.w.t. melalui firman yang
bermaksud: Dia (Allah) lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia
menjadikan kamu (berasal) daripada tanah, dan semasa kamu berupa anak yang
sedang melalui pelbagai peringkat dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu
memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih daripada dosa). Dialah sahaja
lebih mengetahui akan orang yang bertaqwa.
Pelbagai istilah diberikan dalam rangka kejadian Adam. Mengenai jasadnya al-
Quran menyebutkan seperti: Air, al-Turab, pati tanah, Tin yang liat dan sebati,
tanah yang panas berbau, tanah yang panas seperti tembikar, tanah bumi, dan
berbentuk (rupa).
Manakala pada unsur roh Adam, Allah s.w.t. Mengungkapkan: (Surah al-Hijr:29)
Manusia pertama ini tiada beribu dan tiada berbapa. la diciptakan dengan Qudrah
dan Iradah Allah yang menghendaki ia berlaku. Sehinggakan malaikat pun tidak
mengetahui kenapa makhluk manusia ini diciptakan.
Unsur roh ini tidak ada sesiapa pun yang mengetahuinya, malah Rasululllah
s.a.w. Sendiri diajar oleh Allah supaya memulangkan persoalan roh sebagai
persoalan Tuhan. Allah mengajarkan pesuruhNya dengan berfirman: (Surah
al-Isra7:85)
Manakala keturunan Adam as. seterusnya terdiri daripada unsur yang sama iaitu
unsur jasad dan unsur roh. Pelbagai istilah juga dijelaskan mengenainya dalam
perinkat-peringkat tertentu seperti; nutfah, alaqah, mudghah, izam dan lahm,
dan nafkhurruh. Penjelasan dari Allah amatjelas melalui firmanNya dalam
surah-surah seperti; al-Insan:2, al-Mukminun:14 al-Alaq:2, al-Hjj:5, al-Hijr:
29 dan lain-lain.
Selain daripada itu Allah juga mengumiakan kepada manusia hati, akal dan nafs yang
unik penciptaannya dan amat penting fungsinya kepada manusia dalam melaksanakan
kehidupan.
Berdasarkan fakta daripada al-Quran amat jelas bahawa Allahlah yang menciptakan
manusia dan Allah amat mengetahui tentang ciptaannya. Hal ini dapat dirakamkan
melalui jawapan Allah kepada malaikat apabila dipersoalkan tentang penciptaan
Adam as. FirmanNya: (Surah al-Baqarah: 30)
Berdasarkan kepada logik, Allah yang mencipta manusia, maka hanya Dia sahaja
yang mengetahui tentang hakikat kejadian diri manusia (Mohd Sulaiman Yasin).
Firmannya lagi: (Surah al-Mulk: 14)
1.1.2 Pengertian agama dan fahaman masyarakat terhadapnya
Menurut Kamus Dewan, agama secara umum bermaksud kepercayaan kepada tuhan.
Manakala agama dinisbahkan kepada Islam, ia membawa erti kepercayaan kepada
Tuhan Allah dan sifat-sifat serta kekuasaanNya, disertakan dengan penerimaan
ajaran dan perintahNya. Pemeluk Islam yang mempunyai kepercayaan kepada Allah
disebut mukmin. Islam dikategorikan sebagai agama langit dan bukan agama
ciptaan manusia (Kamus Dewan: 2002:12).
Kamus Dewan juga memberikan maksud agama; Kepercayaan kepada sesuatu yang
dipuja dan dianggap berkuasa seperti dewa dan lain-lain. Ini berpunca daripada
perkataan agama yang ada dalam bahasa Melayu itu berasal daripada bahasa
Sanskrit yang bermaksud; Warisan tertulis yang diturunkan dari generasi ke satu
generasi yang lain. Istilah agama ini digunakan oleh orang Hindu bagi merujuk
kepada kitab-kitab Vedik iaitu kitab suci Hindu (al-Atas : 2005 : 3).
Istilah bahasa Inggeris yang sering diterjemahkan sebagai agama ialah religion,
namun pemahaman Barat terhadapnya sebagai suatu sistem kepercayaan dan amalan
dianggap sebagai sebahagian daripada budaya semata-mata. Ia berdasarkan kepada
kenyataan bahawa agama Nasrani Kristian di Eropah telah berkurun-kurun lamanya,
hanya menjadi sebahagian daripada kehidupan budaya dan sosial masyarakat
Eropah.
Terdapat pelbagai pengertian agama dari sudut bahasa (Amin Amat: 1989:56),
antaranya:
a. Anti kerusakan
b. Bukan benda
c. Tata cara hubungan manusia dengan raja atau pemerintah
d. Peraturan hubungan manusia sesama manusia
e. Upacara hubungan manusia dengan dewa-dewa
f. Kepercayaan atau keyakinan terhadap ketuhanan
Menurut Kamus bahasa Arab, perkataan agama disebut sebagai deen, ia mempunyai
pelbagai makna dan pengertian. Kadang kala pengertiannya bertentangan antara
satu sama lain. Manakala ad-Deen (dalam bentuk marifah) bermaksud cara hidup
yang telah ditentukan oleh Allah. Walaubagaimana pun perkataan deen (dalam
bentuk nakirah), apabila dihubungkan dengan perkatan Allah, al-Haq maka ia
bermaksud agama yang benar (A. Akhili:6).
Menurut al-Quran istilah agama mengandungai empat ciri utama (Mohd. Sulaiman
Yasin:18) iaitu:
i. Kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak dan tertinggi
ii. Kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan yang mutlak
iii. Sistem atau peraturan yang berbentuk teori dan amali yang digubal oleh
kekuasaan dan kehakiman tertinggi
iv. Pembalasan akhirat yang diberikan oleh kekuasaan tertinggi kepada sesiapa
yang taat dan patuh kepada sistem, atau balasan siksa kepada setiap yang ingkar
atau durhaka.
Al-Quran sebagai sumber ajaran Islam yang otentik telah menisbahkan agama
kepada dua bahagian, iaitu:
i. Agama yang disifatkan sebagai sesat
Ia ditunjukkan melalui firman Allah s.w.t. Yang berbunyi: (Surah al-Kafirun: 6)
ii. Agama yang diakui sebagai benar
Allah s.w.t. Berfirman: (Surah al-Tawbah:33)
Agama yang haq itulah agama Allah, lurus dan teguh serta diperakui oleh Allah
dengan nama al-Islam. Allah s.w.t. berfirman: (Surah Alilmran: 19)
Agama yang dimaksudkan itu sudah pasti agama yang sempuma dan cukup sebagai
nimat bagi seluruh alam dan diredhai oleh Allah s.w.t. FirmanNya: (Surah
al-Maidah:3)
Dalam peristilahan bahasa Melayu perkataan agama boleh dimaksudkan kepada
ad-Deen. Manakala ad-Deen yang dustilahkan sebagai cara hidup yang sempuma dan
menyeluruh itu adalah Islam. Maka apabila dikatakan Islam sebagai ad-deen, ia
bermaksud Islam sebagai cara hidup bagi mereka yang tunduk dan patuh kepada
Allah, dan pengertian inilah yang dikehendaki oleh Syara (A. Akhili: 6).
Kebiasaannya apabila orang Melayu berkata; "Kamu tidak beragama", ini
bermakna; orang yang dimaksudkan tidak menghayati Islam sebagai cara hidup.
Islam menyeru supaya menghayati agama dengan sepenuhnya. Alllah s.w.t. Berfirman:
(Surah al-Baqarah: 208)
1.1.3 Keperluan manusia kepada agama
Banyak faktor yang menebabkan manusia amat perlu kepada agama. Antara yang
banyak dibincangkan oleh para cendikiawan dan para ulamak antaranya adalah:
i. Fitrah manusia yang telah diciptakan oleh Allah memiliki naluri beragama.
ii. Kejahilan manusia mengenai diri dan persoalan persekitaran hidupnya.
iii. Kecenderungan manusia hidup menurut sesuatu peraturan
iv. Kelemahan akal manusia untuk mentafsir alam disebalik alam nyata ini (Surah
al-Araf: 172-173, Surah Luqman: 25, Surah al-Zumar: 38, Surah Zukhruf: 9, Surah
al-Araf: 174 dan lain-lain)
1.1.4 Penyelewengan masyarakat daripada cara hidup Islam
Penyelewengan masyarakat daripada cara hidup Islam telah menjadi topik nasional
pada hari ini. Fenomena ini berlaku berkemungkinan besar disebabkan beberapa
faktor yang boleh dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu faktur luaran dan
faktor dalaman umat Islam sendiri:
i. Serangan dari musuh Islam
- Mereka menggunakan pelbagai cara dan kaedah yang cukup berkesan untuk
memesongkan umat Islam dari menghayati cara hidup Islam yang mumi
- Melalui media massa dengan hiburan yang melalaikan dan merosakkan pemikiran
- Melalui budaya dan cara hidup selesa dan penuh dengan keseronokan
- Menanamkan falsafah songsang; hidup hanya sekali. Oleh itu dunia adalah
segala-galanya sebagai distinasi awal dan akhir hidup manusia.
- Menanam dan menyuburkan sikap individualistik dan materialistik di kalangan
umat Islam yang menggoyahkan pertahanan danjati diri umat Islam
ii. Kelalaian dan kelemahan umat Islam
- Umat Islam sebahagiannya masih jahil tentang Islam dan cara hidup Islam
- Kurang upaya merealisasikan saranan al-Quran
- Lalai dalam menjadikan Sunnah Rasulullah sebagai ikutan yang baik
- Kurang jati diri dalam mempertahankan nilai-nilai mumi
- Mudah lupa dan alpa terhadap tipu muslihat musuh Islam
- Suka meniru perkara/nilai yang datang dari luar Islam, walaupun sedar ia
boleh merosakkan diri sendiri
Kesimpulan
Manusia dan agama tidak dapat dipisah. la telah dibuktikan kebenarannya
disepanjang perjalanan sejarah manusia. Tanpa agama, manusia rugi, dan tidak
mampu untuk melakar kegemilangan tamadun dan kesempumaan roh, jiwa, jasad dan
peradaban hidupnya. Oleh itu kembali kepada penghayatan agama Islam yang murni
merupakan jihad ditntut.